PERHATIAN UNTUK KAUM WANITA

Posted by Mohd Salleh at 3:21 AM

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid

Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.


PERMASALAHAN WANITA - HAID



Setiap wanita mula didatangi haid apabila akil baligh seawal umur 10-12 tahun.Situasi kitaran haid bergantung kepada biologi tubuh wanita.Namun penjagaan yang kurang sempurna dan penggunaan tuala wanita yang kurang sesuai dan tidak selamat seringkali mendatangkan pelbagai permasalahan seperti keputihan,kegatalan,sengugut dan jangkitan kuman.Senario ini mendedahkan wanita kebarangkalian tinggi terhadap serangan Kanser Servik.Malah kandungan Dioksin dalam tuala wanita di pasaran kini juga mendedahkan wanita risiko Kanser Payu Dara.

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI!!!

Kanser Payu Dara merupakan
Pembunuh Utama Wanita!.


Kanser Payu Dara biasanya
menyerang wanita berumur 30-50 tahun terutamanya wanita berada lingkungan tempoh menopaus.


1 daripada 14 wanita cina berisiko menghidap Kanser Payu Dara.


1 daripada 16 wanita india berisiko menghidap Kanser Payu Dara.


1 daripada 24 wanita melayu berisiko menghidap Kanser Payu Dara.


Keturunan bukanlah faktor utama wanita diserang Kanser Payu Dara.
85% penghidap kanser Payu Dara tidak mempunyai rekod Kaser Payu Dara di kalangan ahli keluarganya!


Secara purata 70-80% kes Kanser Payu Dara dikesan hanya pada peringkat ke-3 atau ke-4 (peringkat akhir)


Kanser Servik (pangkal rahim) merupakan Kanser Ke-2 yang sering menyerang wanita.Malah ia dikategorikan Pembunuh Kedua bagi kaum wanita di Malaysia.

99% Kanses Servik disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV)


Wanita berumur 30-5o tahun berisiko tinggi diserangi Kanser Servik!


Kanser Servik pada peringkat awal tidak memberi sebarang tanda awal atau kesakitan.
Ia hanya ketara apabila Kanser Servik berada di peringkat akhir setelah berlakunya pendarahan di luar waktu haid,discharge terlalu banyak,kesakitan bahagian pinggang/pinggul yang kerap dan sakit ketika hubungan kelamin.

Pad/tuala wanita yang biasa terdapat di pasaran kini sebenarnya adalah penyumbang kepada keberangkalian tinggi serangan barah dan kanser terhadap wanita.Proses pembuatannya yang menggunakan kertas terpakai dan pulpa kayu (kos murah dan sumber mudah diperolehi) dan bahan kimia peluntur dan penyingkiran menyebabkan tindakbalas kimia yang menghasilkan DIOKSIN!!